Friday, April 15, 2011
kecewa kerana awak..!!
Dicatat oleh amieysha di 4/15/2011 08:38:00 AM 0 ulasan
Thursday, April 14, 2011
sAkIT hAtI........
Dicatat oleh amieysha di 4/14/2011 08:40:00 AM 0 ulasan
Sunday, April 10, 2011
hidup ni tidak mudah
Kalau boleh sy nak ada satu pemadam…
Pemadam yang boleh padam semua bnda yg sy mahu…
Sbb ada sesuatu dlm fikiran sy yg sy nk sngat padam…
Sesuatu yg buat sy sakit…
Sakit di dalam hati…
Tapi sy tahu, tiada benda atau sesiapa dpt bantu buang ia dr fikiran sy, kecuali diri sy sendiri…
Dan sy harus byk bersabar…
Byk berusaha...
Byk berdoa...

Dicatat oleh amieysha di 4/10/2011 08:11:00 AM 0 ulasan
..hidup seperti mati....
Dicatat oleh amieysha di 4/10/2011 08:06:00 AM 0 ulasan
seriously help me!!!

Dicatat oleh amieysha di 4/10/2011 08:01:00 AM 0 ulasan
❤●• LAGI LAGI CINTA ˙·٠•●❤
Pengalaman cinta lalu yang telah jauh kita tinggalkan… sesekali lihatlah semula dan nilaikan kembali. Kerana sesungguhnya pengalaman cinta lalu umpama sebuah ensiklopedia yang sangat berharga kepada diri kita. Yang pahit jadikan pengajaran, yang manis pastikan kita sentiasa mengamalkannya dalam setiap episod cinta kita di masa hadapan.Bila cinta beraja di hati kita sanggup berkorban segalanya demi kerana CINTA. Maka maruah dan harga diri digadaikan sebagai jaminan kepada kelangsungan sebuah hubungan. Diketika itu berakhirlah satu ikatan cinta nan suci anugerah Illahi dibayangi oleh satu hubungan baru yang diwarnai dengan noda-noda dosa yang keji dan penuh dengan kepuraan semata-mata.
Biarlah kita menjadi cinta terakhir kepada seseorang kerana mungkin kita sudah terlambat untuk menjadi cinta pertamanya tetapi kita tidak akan pernah terlambat untuk menjadi cinta terakhirnya.
CINTA
adalah ibarat air. Kita sangat memerlukannya di dalam hidup namun jika ia ibarat air di lautan ia akan menjadi ombak yang akan mengumbang-ambingkan hidup kita, jika ia ibarat air di kutub utara-selatan maka ia akan menjadi ketulan ais yang membekukan kita, jika ia ibarat air sungai yang mengalir tenang maka ia akan berterusan menghanyutkan kita ke muara, jika ia ibarat air terjun maka akan terhempaslah kita berulang-ulang ke bawah, jika ia ibarat air tasik yang tenang membiru maka kita dalam diam akan menyimpan berjuta keladak di dasarnya. Maka jenis air manakah yang kita inginkan… Carilah mata air yang suci lagi murni…walaupun keluar sedikit demi sedikit tetapi akan melimpahi perigi dan menghilangkan kehausan kita dengan sekali teguk sahaja.
Bibir manusia terlalu mudah melafazkan cinta tapi dapatkah hatinya setia pada kita?… Manusia tidak dapat lari dari bercinta kerana kehadiran cinta itu lazimnya tanpa diundang dan tanpa diharap. Hanya insan itu sahajalah yang dapat menilaikan adakah dirinya sudah bersedia menerima cinta itu atau tidak.
Cintai jangan sesekali dihampiri jika tidak sanggup menanggung risikonya. Cinta sememangnya indah kerana kita hidup dalam khayalan. Cinta sememangnya unik kerana kita asyik diulit mimpi yang indah-indah belaka. Apabila perpisahan mendatang barulah kita tersentak dari lamunan. Kemudian kita akan sedari cinta hanyalah permainan nafsu yang membawa kesengsaraan dan penderitaan yang amat menyeksakan.
Meskipun kesalahan atau kesilapan itu boleh dimaafkan tetapi janganlah berbicara sampai menyakiti dan menyinggung hati orang lain kerana kemaafan itu bukanlah pengubat hati yang terluka kerana hati yang terluka itu tetap akan terluka.
Biarlah kita menguasai cinta, jika gagal bererti kita masih berupaya melawan perasaan kecewa sekalipun teramat pedih, luka dan sengsara.
Dicatat oleh amieysha di 4/10/2011 07:27:00 AM 0 ulasan
❤●•٠·˙ SIAPA DIA JODOHKU˙·٠•●❤
antara cinta dan sayang...
antara sunyi dan kekosongan..
antara sahabat dan kekasih...
ssebenarnya siapa dia dihati ku,..
adakah benar aku mencintai dia,
adakah benar dia mencintai aku...
adakah benar dia jodoh ku,
adakah benar aku jodohnya...
adakah perbalahan adalah pekara biasa
dalam setiap perhubungan...
adakah kekadang saling tidak memahami
adalah pekara normal setiap pasangan...
sampai bila harus aku menanti untuk
mengetahui adakah dia jodoh ku...
sampai bila harus aku pendamkan
apa yang aku rasa untuk menjaga
keharmonian hubungan ini..
dalam berjaga-jaga agar keharmonian terpelihara
akan tetap saja ada yang tak kena pada ku...ღ。◕_◕。ღ
Dicatat oleh amieysha di 4/10/2011 07:07:00 AM 0 ulasan
Antara Cinta & Persahabatan…
Dicatat oleh amieysha di 4/10/2011 06:48:00 AM 0 ulasan
~antara cinta dan sahabat~
Orang kata SAHABAT lebih dari CINTA~~
Orang kata sekali SAHABAT selamanya SAHABAT~~
Orang kata pilih lah SAHABAT dari CINTA~~
Orang kata mereka pentingkan SAHABAT dari CINTA~~
SEBABNYA???
Mereka kata CINTA itu buta dan akan menyebabkan kita JATUH dan TERLUKA~~
Mereka kata SAHABAT pula akan bantu kita BANGUN dan PULIHKAN kita~~
Mereka kata CINTA boleh di cari tetapi SAHABAT sukar untuk di cari~~
MAKA.....
Mereka pilih SAHABAT dari CINTA...
Mereka dahulukan SAHABAT dari CINTA...
Mereka pentingkan SAHABAT dari CINTA...

TETAPI....
Bila mereka mula merasai CINTA~~
SAHABAT di tinggalkan...SAHABAT di lupakan...
CINTA boleh menegur tentang SAHABAT...tapi...
SAHABAT tak boleh menegur tentang CINTA...
Kata-kata dan ikrar hanya tinggal kata-kata tanpa makna..
SEBABNYA~~

CINTA telah menjadi segala-galanya~~
CINTA telefon tgh malam nak masuk pagi tak apa~~
CINTA merajuk tak apa~~
CINTA marah tak apa~~
BILA~~
SAHABAT telefon malam dh nak pagi, talian sibuk...
"CALL WAITING" pun tak kesah dh...
SAHABAT ada masalah langsung tak di endahkan...
SAHABAT merajuk, dia yang marah...
SAHABAT marah, dia terus putuskan persahabatan...
SEBABNYA~~
Dia fikir CINTA akan temani dia...
Tapi..dia tak pernah fikir "adakah cinta itu cinta abadi dan sejati?"..
Sedangkan SAHABAT sejati sudah ditinggalkan...

AKHIRNYA~~
Setelah di tinggalkan dan dilukai oleh CINTA...
Dia kembali mencari SAHABAT...
Meminta-minta kembali kasih SAHABAT..
Luka SAHABAT terlalu dalam..
Namun, SAHABAT masih menerimanya...
Kerana, bagi sahabat, SAHABAT ADALAH SELAMANYA..
Luka yang telah di gores di hati, SAHABAT menganggapnya sebagai dugaan PERSAHABATAN..
Kerana bagi SAHABAT~~"Sahabat sebenar akan mencapai tangan sahabatnya dan akan menyentuh hatinya"..
~Hidup Itu Indah Jika Kita Tahu Bagaimana Untuk Mencorakkannya~
P/S : Jangan mengatakan sesuatu yang tidak dapat anda tunaikan kerana ianya hanya akan melukai hati seseorang yang mementingkannya~~
dan paling penting adalah cari lah CINTA yang mampu menjadiSAHABAT..
Dicatat oleh amieysha di 4/10/2011 06:40:00 AM 0 ulasan
Thursday, April 7, 2011
Hatiku sedih...
Hari nih aku xde mood utk keje..entah la, aku rasa sedih sesangat.. Hina sangat ke aku di mata 'DIA'? sampaikan muka aku pun 'DIA' benci nk tengok..entah la tapi, aku redha dengan apa yang berlaku semua ni. Satu ujian buat aku utk mematangkan kehidupan aku di masa hadapan. Yang penting aku dh maafkan semua kesilapan 'DIA', terpulang pd 'DIA' nk maafkan @ tidak. Itu antara 'DIA' dengan Allah S.W.T.. Semua manusia tidak sempurna, termasuk jugak aKu.. Aku sering melakukan kesilapan tanpa aku sedari, tanpa aku memikirkan perasaan orang disekeliling aKu... Maafkan aku kerana membuat hati 'DIA' terluka....
Dicatat oleh amieysha di 4/07/2011 08:09:00 AM 0 ulasan
Rapuhnya Hati Ini....
Aku nyaris-nyaris nk kena langgar keta waktu balik keje td. Entah mcmane motor aku boleh berada kt tengah-tengah jalan.. fikiran aku melayang jauh entah kemana... air mata keluar lg tanpa dipaksa…fikiran aku bercelaru skrg ni. Aku x dpt nk beri tumpuan pd keje aku ari ni.. Pada siapa harus aku luahkan semua masalah ni?? Baru nk kecapi bahagia, masalah lama datang kembali.. Nape rapuh sgt hati aku??? Bilakah semua ni akan berakhir???....
Dicatat oleh amieysha di 4/07/2011 07:42:00 AM 0 ulasan
Di Badai Asmara - Sera

Aku terus merayu padamu
Haruskah...
Aku taburi janji beribu
Untuk menembusi
Tembok hati sanubarimu
Ataupun... aku hanya penanti
Mengapa
Dikau meragui keikhlasan
Setelah kuberi
Pengorbanan dan kesetiaan
Aku jadi perindu
Pada istana madu
Kini menjadi sangkar hempedu
Mungkin ku pentafsir
Yang gagal mencari
Pengertian cinta
Akhirnya melara
Kau insan misteri
Penuh rahsia cinta
Kulemas dalam arena
Meredah nestapa
Sukarnya menguasai
Bahasa cinta kita
Berilah kepastian sebuah cinta
Bisakah
Silap kata menjadi penanda
Dapatkah
Kecewa ku menjadi harapan
Marilah berganding
Mengharungi badai asmara
Dicatat oleh amieysha di 4/07/2011 07:36:00 AM 0 ulasan
malamku sepi...
Malam nie aku termenung luar rumah sambil tengok bintang kt langit.. tenang rasa sikit hati aku nih. angin pn bertiup lembut membelai pipiku.. membuatkan hati aku bertambah rindukan 'dia'.. dari sehari ke sehari 'dia' terus menyepi tanpa sebarang berita.. aku pasrah dgn semua tu. kalau betul 'dia' dh x mahukan aku, x perlu 'dia' diam mcmtu.. aku juga punya hati dan perasaan.. jiwa aku kembali kacau sekarang.. sampai bila semua nie akan berakhir?? susahnya nk jumpa dgn orang yang betul2 mencintai aku. Hidupku mula nk kecapi bahagia, kesedihan datang kembali.. aku harus terima semua ni dgn hati yang tabah. setiap yang terjadi ada hikmahnya.. Allah xkn menguji hamba tanpa sebabkan.. =)Dicatat oleh amieysha di 4/07/2011 07:32:00 AM 0 ulasan
Rindu Datang Lagi...
Dicatat oleh amieysha di 4/07/2011 07:27:00 AM 0 ulasan
Mimpi Lagi............

Dicatat oleh amieysha di 4/07/2011 07:14:00 AM 0 ulasan
Rindu Kembali....

Dicatat oleh amieysha di 4/07/2011 07:13:00 AM 0 ulasan
~Wanita Melamar Lelaki Langkah terpuji~
ADA si teruna yang lambat menyatakan hasrat menyunting pilihan hati lalu jatuh ke pihak lain. Begitu juga halnya de ngan seorang wanita yang tertarik dengan lelaki yang dirasakan calon sesuai untuk dijadikan suami namun disebabkan dia hanya menunggu akhirnya turut terlepas peluang.
Perigi mencari timba pula merujuk kepada wanita yang berusaha mencari lelaki untuk dijadikan teman hidup.
Namun dalam masyarakat kita perkara berkenaan dianggap lari daripada adat dan budaya.
Mungkin ‘tugas’ itu sukar dan mustahil kerana ia tidak pernah dilakukan dalam masyarakat kita.
Lihat saja sejarah Siti Khadijah yang bertindak ‘berani’ melamar Nabi Muhammad s.a.w. Beliau tidak berasa rendah diri walaupun jarak usianya dengan Rasulullah agak jauh.
Bagaimana dengan wanita moden yang mahu mencontohi tindakan Siti Khadijah? Kita semua tahu, Siti Khadijah berketurunan bangsawan yang kaya-raya.
Bukan saja mempunyai perniagaan besar, tetapi beliau juga disegani kerana mempunyai kebijaksanaan dan sopan-santun tinggi.
Bagaimana jika wanita datang menyunting lelaki pilihannya dengan menggunakan orang perantaraan bagi menyampaikan hasratnya?
Mungkin kaum wanita mengang gap usaha mereka itu sebagai ‘terhegeh-hegeh’ dan sebab itulah ia gagal dilaksanakan.
Diharap selepas ini kaum wanita terbuka hatinya untuk merubah budaya.
Wanita meminang lelaki adalah sesuatu yang lumrah. Selain Siti Khadijah meminang Rasulullah dan Saidina Umar juga pernah meminang Saidina Abu Bakar untuk puterinya Siti Habsah.
Jika mereka bertemu dengan lelaki yang layak menjadi pasa ngan maka ambillah peluang untuk memulakan lamaran. Jangan takut untuk mencuba dan berasa malu kerana jika ditolak sekalipun Allah pasti menjanjikan insan yang lebih baik untuk mereka.
Pernah pinangan Umar ditolak Saidina Abu Bakar, tetapi penolakan itu dilakukan dengan cara paling terhormat. Namun selepas itu Umar mendapat calon yang lebih baik apabila Rasulullah memperisterikan Siti Habsah.
Jelas Allah tidak akan mengecewakan hamba yang bersungguh melaksanakan syariat-Nya. Sayang sekali, malu kita tidak merujuk kepada syariat.
Sebuah hadis yang diriwayatkan Anas berkata: “Ada seorang wanita yang datang menawarkan diri kepada Rasulullah dan berkata: “Ya Rasulullah! Apakah kau memerlukan aku?” Puteri Anas yang hadir ketika mendengar perkataan wanita itu mencelanya dengan mengatakan dia tidak punya harga diri dan rasa malu. “Sungguh memalukan dan betapa buruknya...!” Anas berkata kepada puterinya itu: “Dia lebih baik daripadamu! Wanita itu senang kepada Nabi dan menawarkan dirinya!” (Riwayat Bukhari)
Malu dalam Islam mesti diukur atas dasar iman.
“Tidak seharusnya seorang wanita berasa malu untuk memulakan langkah untuk melamar lelaki yang dirasakan layak untuknya.
“Malah, tiada tentangan dari sudut akidah, syariah dan akhlak Islamiah terhadap perkara berkenaan,”
Pendekatan yang digunakan perlu selaras dengan prinsip dan matlamat yang bertepatan dengan nilai agama.
“Umpamanya, wanita perlu menggunakan orang tengah iaitu keluarga, sahabat dan orang yang boleh dipercayainya untuk tujuan melamar.
“Jika diterima, alhamdulillah dan jika ditolak sekalipun tidak mengapa. Allah tetap menilai percubaan itu sebagai amal soleh kerana mereka sudah melakukan sesuatu yang halal dan harus di sisi Islam,” katanya.
Tidak timbul soal perigi mencari timba kerana dalam sejarah Islam ada pihak wanita yang meminang lelaki dan begitulah sebaliknya.
“Berjaya atau tidak, bukan soalnya kerana Allah menilai usaha berkenaan. Jangan sesekali berasa diri direndahkan.
Mereka perlu berasa malu jika terbabit dengan pergaulan bebas, pendedahan aurat dan tindakan haram lain untuk mendapatkan pasangan hidup,” katanya.
Beliau berkata pasangan hidup adalah teman yang akan bersama-sama membentuk keluarga dalam menjalani ibadat sebagai hamba Allah di atas muka bumi ini.
“Ini misi besar dan berat. Bermula dari keluarga barulah terbentuknya sebuah masyarakat, negara dan ummah. Untuk membentuk keluarga ini perlu kepada lelaki kepada wanita.
“Wanita tidak seharusnya rasa tidak laku. Wanita yang dikatakan tidak laku dan terhegeh-hegeh ialah mereka yang mendedah aurat, berkelakuan tidak senonoh dan bergaul bebas sehingga ke tahap hilang rasa malu, menggadai iman serta akhlak Islamiah.
“Bagaimana umpan begitulah ikan yang akan kita dapat. Jangan terkejut jika wanita yang mendedah aurat (seksi) akan mendapat lelaki hidung belang sebagai pasangannya,” katanya.
Berdasarkan sejarah yang masyhur, Siti Khadijah tertarik dengan keperibadian Nabi Muhammad yang mempunyai sifat jujur dan bijak ketika menjalankan perniagaan.
“Semua maklumat itu diperoleh daripada hambanya, Maisarah yang ditugaskan membantu serta mengiringi Rasulullah ketika berniaga.
“Sepanjang bermusafir Maisarah melihat, merasai dan meyakini bahawa Nabi Muhammad memang seorang yang baik kemudian menyampaikan laporan kepada tuannya Siti Khadijah.
“Khadijah mempunyai ketajaman menilai sumber maklumat. Apabila maklumat yang diterima diyakini benar, Siti Khadijah bertindak memanggil bapa saudaranya dan saudaranya yang lain untuk menyatakan hasrat melamar Nabi Muhammad.
“Allah mengkabulkan hajatnya dan lamarannya diterima,” katanya.
Perkara utama untuk mencari pasangan ialah menjaga akhlak dan keperibadian selain memastikan maklumat pasangan itu benar.
“Carilah saudara, rakan, ustaz atau sesiapa yang terdekat dengan lelaki pilihan kita. Setelah ada maklumat yang benar, dirikan solat istikharah untuk meminta Allah perteguhkan keputusan yang sudah ada atau meminta petunjuk membuat keputusan yang belum ada.
“Orang yang bersolat istikharah tidak akan kecewa kerana solatnya bukan saja mencari petunjuk Allah dalam membuat keputusan yang belum pasti, tetapi turut juga meminta diperteguhkan hati melaksanakan keputusan yang pasti.
“Selepas menetapkan keputusan, teguhkan azam dan terus bertawakal. Kemudian segerakan urusan lamaran dengan memilih wakil yang baik bagi urusan meminang dan seterusnya segerakan perkahwinan,” katanya.
Bagi mereka yang sudah berusaha mencari pasangan, tetapi masih belum berjaya perlu bersangka baik kepada Allah.
“Penangguhan itu satu ujian yang pasti ada hikmahnya. Mungkin Allah hendak selamatkan mereka daripada mendapat suami yang jahat, pendera dan tidak bertanggungjawab.
“Jadi, berusahalah sambil menunggu ketentuan daripada Allah. Jangan membuat keputusan untuk tidak berkahwin sampai akhir hayat kerana ia bertentangan dengan syariat dan fitrah.
“Golongan yang menentang peraturan Allah akan menderita jiwanya dan hidup dalam kesepian. Dalam apa saja keadaan, beribadatlah sehingga kita berasa letih untuk melakukan maksiat,” katanya.
Gelaran seperti ‘andartu’ dan ‘andalusia’ tidak sewajarnya dilemparkan kerana hakikatnya mereka sedang diuji Allah.
“Orang yang diuji sepatutnya dibantu, dikasihi dan didoakan. Masyarakat Islam sepatutnya memikirkan bagaimana kaedah untuk mencarikan jodoh buat mereka,” katanya
Dicatat oleh amieysha di 4/07/2011 06:48:00 AM 0 ulasan
ADA APA DENGAN CINTA...?
"Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.
Kata Mahatma Ghandi, Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.
Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yang satu lagi, "Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?". Jawab titis air mata kedua tu," Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja.
" Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata. saya turut bahagia untukmu. Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita. Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.
Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.
Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.
Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia, lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya. Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.
Jangan melarikan diri dari 'cinta' apabila ia berada di hadapan kamu. Jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti, kamu pasti akan teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu. Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.
Kata Hamka, Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat. Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.
Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping. Dan hanya dengan mendengar kata "Hai" darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut.
Kaum lelaki sering mempersoalkan kelemahan wanita kerana sering mengalirkan airmata. Tetapi, segagah-gagah dan perwiranya lelaki, sedarlah bahawa suatu hari nanti mereka juga akan mengalirkan airmata syahdu kerana satu perkara kecil iaitu kerana CINTA. Alangkah misterinya cinta seorang wanita yang dianggap lemah sehingga boleh mengalirkan airmata seorang wira! Aneh, tetapi itulah hakikatnya.
Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak. Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi.
Jangan kerana cinta, kita gugur dari perjuangan, dan jangan kerana cinta juga, prinsip kita menjadi larut dan cair. Cinta tidak semestinya akan berakhir dengan perkahwinan dan perkahwinan juga tidak semestinya akan menoktahkan titik akhir kepada percintaan. Kesetiaan akan mengikat cinta, kecurangan akan meranapkan segala kemanisan cinta. Sesebuah perkahwinan akan menjadi indah jika cinta terus bersama.
Cinta sejati ialah kasih Tuhan kepada hambaNya. Kasih murni ialah kasih ibu bapa kepada anaknya. Kasih saudara masa berada. Kasih sahabat masa binasa. Kasih suami isteri sepenanggungan. Kasih orang menaruh harapan.
Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya. Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya.
Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya setulus hati. rasa percintaan lebih pahit dari hempedu. Teman percintaan ialah sayu dan pilu, namun demikian, dara dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya kerana dianggap seperti lautan madu.
Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu.
Terdapat banyak bebintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatianmu. Dari kalangan yang kamu pilih untuk abaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari anda walau dimana sahaja kamu berada.
Tak usah sebut pasal cinta jika kamu tidak sebenar-benarnya mengambil kisah. Tak usah bercakap tentang perasaan, jika ia tidak berada di hatimu. Tak usahlah menunjuk ke dada, jika kamu berhasrat melukakan hati pasanganmu. Minat bukan bermaksud cinta, bangga bukan bererti cinta, kagum juga bukan bermaksud cinta, dan suka juga tidak serasi dengan cinta, malah sayang pun bukan cinta. Tetapi, cinta itu adalah cinta
Dicatat oleh amieysha di 4/07/2011 06:40:00 AM 0 ulasan
ANDAI DIA BUKAN TERCIPTA UNTUKKU...
Dicatat oleh amieysha di 4/07/2011 06:39:00 AM 0 ulasan
cintaku hanya untukmu...

Kau akan selalu tersimpan di hatiku
Meski ragamu tak dapat kumiliki
Jiwaku akan selalu bersamamu
Meski kau tercipta bukan untuk ku
Tuhan..
Berikan aku hidup satu kali lagi
Hanya untuk bersamanya
Ku mencintainya
Sungguh Mencintainya
Rasa ini sungguh tak wajar
Namun ku ingin tetap bersama dia
Untuk selamanya...
Mengapa cinta ini terlarang
Saat ku yakini
Engkaulah milik ku
Mengapa cinta kita
Tak boleh bersatu
Saat kuyakin
Tak ada cinta selain dirimu
Dicatat oleh amieysha di 4/07/2011 06:30:00 AM 0 ulasan
Wednesday, April 6, 2011
APA YANG AKU CARI?
Namun apa yang aku
keluarga dan my ex boyfriend)
Dicatat oleh amieysha di 4/06/2011 09:53:00 AM 0 ulasan






























