Kita semua ada emak. Emak yang melahirkan kita. Jika tidak, kita tidak ada di sini sekarang. Setiap emak yang ada di dunia ini adalah datang bersama jasa- jasa yang tidak terhingga. Bermula daripada melahirkan kita dengan penuh kesakitan, membesarkan kita, menjaga makan pakai kita, sehinggakan masa untuk dirinya sendiri terpaksa dikorbankan. Mungkin emak zaman kini tidak sepayah emak zaman dulu, namun erti emak itu tetap tidak berubah, tidak boleh dilayan sambil lewa, diherdik dimaki dan sebagainya.
Emak aku adalah seorang wanita yang tabah. Sangat tabah. Hidup di dalam keadaan serba kekurangan, mendirikan rumahtangga dengan seorang lelaki yang tidak mewah dan adakalanya suke berleter,tapi aku tetap sayangkan abahku jugak...sebab aku cuma punyai abah dan emak..emak aku tidak pernah melunturkan kasihnya pada aku. Pernah tak kita fikir, adakah layanan kita sudah cukup hebat untuk dia? Adakah dia pernah terasa hati dengan kita? Adakah dia tidak ada hati untuk terasa kerana saban waktu, dia tidak pernah menunjukkan muka merajuk dengan kita?
Oh Tuhan.. betapa banyaknya tingkahlaku aku yang menyakitkan hati emak. Tapi bila dewasa, aku sering memikirkan berapa banyak jasa yang emak berikan pada aku. TIDAK TERKIRA! Kadangkala aku menitiskan airmata kerana aku takut tidak terbalas segala jasanya kelak. Namun emak TIDAK PERNAH MENGUNGKIT!. Betapa berbezanya sifat seorang anak dengan emaknya. Cuba renungkan apa yang aku tulis di bawah...
1. Cuba kira berapa juta jam waktu emak kita tidak dapat tidur lena disebabkan kita. Tak terkira kan? Mungkin dikejutkan dengan suara kita mahukan sesuatu. Mungkin juga dia lebih berjaga- jaga ketika malam sedangkan kita tidak fikir apa- apa dan terus lena. Ketika musim perayaan atau kenduri, emak tidak tidur menguruskan segalanya. Sedangkan kita? Tidak dapat menahan letih, bilik tidur adalah tujuan utama. Emak? Cukup baginya tidur yang sepicing kemudian bangun semula membuat kerja. Sendirian!
2. Cuba hitung berapa juta wang yang telah emak kita laburkan untuk kita. Itu baru kita. Bagaimana jika kita ada 6 adik beradik. Perbelanjaan untuk anak sulung sejak dilahirkan sehingga sebelum mula bekerja. Kemudia disambung pula dengan anak- anak seterusnya. Tapi emak kita pernah mintak tak bayaran untuk semua wang yang dihabiskan untuk kita? Tidak!. Namun, mengapa sukar sangat untuk kita menghulurkan wang yang banyak untuk dia? Malahan, kadang2 kita mintak pula dari dia.
3. Emak saya, ibu tunggal. Tidak pandai membawa kenderaan. Pergi ke kedai berjalan kaki. Tanpa sebarang rungutan. Pulangnya dengan tangan yang penuh memaut plastik2 berisi ikan dan sayur dan kiriman2 sang anak. Apabila penat, emak berhenti berteduh di bawah pokok rambutan rumah jiran. Alangkah sedihnya aku bila mengetahui. Tapi aku? Bila emak bergurau meminta aku pula pergi ke kedai, berjalan kaki, aku menolak. Oh Tuhan.. betapa teruknya aku.
4. Bila kita demam, seolah2 dunia ini hendak tamat putarannya. Baringnya seolah tulang2 sudah tidak mampu menampung dirinya tubuh kita. Satu kerja pun seolah2 berat bagaikan memikul batu yang teramat besar. Tapi bila emak demam? Dia tetap gagahkan dirinya untuk menyediakan apa yang terdaya untuk anak- anak dan suami.
5. Kadang2 bila emak terkasar bahasa, memarahi, hati kita bagai terguris. Tangisan seolah2 kekasih hati kita sudah mati meninggalkan kita. Merajuk, membentak dan macam2 lagi. Sehinggalah keinginan kita dipenuhi, barulah kita senyum kembali. Tapi emak? Betapa banyaknya, tidak terhitung jumlah berapa kali kita berkasar dengannya, kita mengguris perasaannya. Namun dia tidak merajuk dengan kita. Masih setia menyediakan makan pakai kita. Malahan dia pula yang cuba mengambil hati kita semula. Jika kita imbau kembali setiap perlakuan kita yang mengguris hati tuanya, hati kita akan sebak, airmata pasti mengalir. Janganlah menidakkannya, kerana Allah mencipta hati kita ini serapuh kaca.
Aku sayang emak aku. Tidak kiralah berapa kali aku mengguris hatinya. Mungkin berkali2 aku merajuk dengannya. Namun, apabila dewasa kian menjengah, aku bukan aku yang dulu lagi. Tetapi aku adalah seorang anak yang sangat menyayangi emak. Mungkin sayang aku tidak terluahkan, tidak terzahir melalui perbuatan, tapi aku selalu memandangnya ketika wajah tua itu sedang lena tidur.. Betapa wajah tua itu sudah lama menanggung kepedihan, kepayahan meniti saat2 menantikan kita untuk jadi dewasa....
















0 ulasan:
Post a Comment