Hari ini mungkin dah masuk 5 bulan dia pergi meninggalakan aku..Hati aku masih belum cair dengan pujukan2 dia. Aku tahu, mungkin dia tak salah. Atau mungkin dia yang salah. Aku tahu mungkin ini hanyalah salah faham. Tapi, lama- kelamaan, hati aku semakin lali. Lali dengan semua perbalahan, pertelingkahan, dan aku tak kisah jika dia tak pujuk aku lagi.
Hari ini dia langsung tak contact aku lagi. Tidak ada mesej bertanya khabar atau memujuk. Mungkin dia sendiri dah putus asa. Aku takkan mengalah. Biarlah orang kata, dalam sesuatu hubungan itu, kena sama2 saling mengalah. Aku tak mahu mengalah awal2. Sekiranya ketika ini pun dia sudah tidak mampu menghadapi aku, bagaimana dengan esok? Bila kami menjadi sepasang suami isteri?
Dia memilih aku. Dia mencintai aku. Maka, dia harus berusaha membuktikan bahawa dia bukan mencintai aku sekadar kerana rupa aku atau kedudukan aku. Tapi dia harus menerima buruk dan baiknya aku, memahami karakter aku, memahami perasaan aku dll. Dia harus berusaha. Bukannya terus mengalah, angkat tangan tidak mampu menghadapi aku lagi.
Sifat aku suka menguji. Andai dia tahan diuji, aku akan berfikir kembali untuk menerima dia buat selamanya. Namun, sekiranya hanya dengan sedikit ujian dia sudah tidak mampu, selamat tinggal wahai sayang... Aku dah tak mahu berat2kan kepala memikirkan perkara2 tentang cinta. Bagi aku semuanya sia2. Aku tak tahu kenapa.
Semenjak aku bergaduh dengan dia, aku seringkali menangis. Aku tak tahu kenapa. setiap kali aku teringatkan dia aku seringkali menitiskan air mata. dan Akuharus lebih memikirkan masalah keluarga aku. Itu lebih baik kan. Aku lebih memikirkan nasib ibu aku di kampung. Aku lebih bimbang akan keadaan abah dan mumy aku. walaupon jarang aku contact dorang tapi aku selalu teringat kat dorang...abah dan mumy akula selalu menjadi pendorong untuk aku idup walaupun dorang jauh dari mataku..Macam2 lagi aku fikir. Aku bukan berfikir untuk diri aku saja. Tapi aku perlu berfikir untuk insan2 lain.
Duhai kekasih, jika dia mendengar apa yang aku rasa kini, mungkin dia akan kecewa. Namun aku lebih suka begini. Kerana aku tidak akan memaksa diri aku untuk berada dalam keadaan selesan dalam perhubungan ini. Biarlah hubungan ini dipenuhi dengan duri, semak samun, hutan belukar. Asalkan aku bahagia. Kerana sebagai manusia, kita kena pentingkan diri sendiri dulu kemudian barulah orang lain.



















0 ulasan:
Post a Comment