Antara cinta dan persahabatan
Andainya aku diberi pilihan untuk memilih kedua-duanya,
Akan ku pilih kedua-duanya..
Kerana bagiku ia sama bererti dan bernilai dalam kehidupanku…
CINTA,
Suatu ungkapan yang belum pasti kan keindahannya…
Kerana di sebalik keindahan cinta itu,
Tersirat seribu kepahitan Yang pastinya kan merentap kedamaian jiwa…
Seorang pencinta yang setia
Tatkala ikatan diundang kekecewaan…
Namun, ia tetap betah menjemput setiap jiwa
Yang punya hati dan perasaan…
Hakikat ini tersimpan di sebalik anugerah ini
Tak terungkai dengan bicara dibibir
Tak tergambar dengan lakonan
Begitu syahdunya kurniaan Illahi…
Lahirnya dari hati seorang insan
Berakal beremosi penyayang dan berperasaan…
PERSAHABATAN,
Suatu ikatan yang lahir dari hati Keinginan yang ikhlas
Bagi berkongsi tangis, tawa, kasih sayang serta keakraban…
Sesungguhnya sahabat adalah tempat berbicara setulusnya
Tentang impian dan pengertian hidup ini.
Persahabatan yang murni dan suci,
Adalah sebuah perhubungan yang disulami dengan benang kejujuran,
Diwarnai dengan keikhlasan,
Dicurahi dengan kasih sayang sejati.
Sekiranya menjadi gunting dalam lipatan
Robohilah tembok sebuah keluhuran persahabatan…
Teman yang budiman…
Mengertilah maksud ku ini…
Sesungguhnya apa yang tersimpul di hati kecil ku
Sejak perkenalan kita…
Kita bina tugu persahabatan…
Yang dipagari besi kedewasaan…
Yang teguh berdiri megah di laman hati kita
Tak tumbang dek rintangan…
Hanya satu pinta ku…
Agar dikau sentiasa mengingati diriku…

















0 ulasan:
Post a Comment