BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, March 14, 2011

Apa ertinya Cinta,Kasih,Sayang & Bahagia...

Cinta adalah motivasi terbaik untuk manusia.Manusia telah ditebarkan di muka bumi dengan berbekalkan rasa cinta.Cinta telah menemukan kembali Nabi Adam a.s. dan Siti Hawa.

Melalui cintalah manusia membina sahsiah dan menjadikan alam ini tempat yang terbaik untuk didiami dan Cinta seharusnya melahirkan tindakan-tindakan yang melambangkan kelembutan,kasih sayang dan kebijaksanaan terutama dalam membuat keputusan berhubung dengan insan-insan yang berlawanan kerana cinta adalah kenderaan untuk menuju kebahagiaan.Cinta memang dibekalkan kepada setiap insan.

Dengan cintalah kehidupan dapat di jalani dengan penuh kenikmatan.Tanpa cinta semuanya menjadi hambar ibarat kopi tanpa gula dan susu tetapi entah di mana silapnya cinta yang sepatutnya menjadi lambang kebahagiaan,kedamaian dan ketenangan manusia adakalanya menjadi pemusnah dek kerana perasaan dendam yang tak berkesudahan yang akhirnya boleh merosakkan diri sendiri.Berhak kah kita untuk menghukum sesiapa kerana kekecewaan dalam bercinta..memang kekecewaan bercinta itu amat menyakitkan.Kalau ada yang menyatakan dia masih boleh tersenyum tatkala dikecewakan mungkin dia tidak jujur semasa bercinta..


Tak usah la sebut pasal cinta,kasih dan sayang jika kita sebenarnya tak tahu apa maknanya dan tak mengambil kisah mengenainya.tak usahlah bercakap tentang perasaan jika ia sebenarnya tidak berada di hati atau sekadar berhasrat untuk melukakan perasaan orang lain.tak usahlah sebut mengenai cinta abadi jika ada niat di hati kita untuk berpisah.tak usahlah memandang anak matanya jika ingin membohonginya.tak usah menyebut salam perkenalan sekiranya kelak kita akan mengucapkan selamat tinggal kepadanya..tak usahlah ucapkan dia adalah satu-satunya insan teristimewa jika ada orang lain di sisi dan tak usahlah kunci hatinya..jika tiada kunci untuk membukanya kelak..

Andainya perkataan cinta akan terucap dari rekahan bibir kita ketahuila bahawa cinta amat suci..maka ia seharusnya diucapkan oleh orang-orang yang berniat suci.pergunakanlah cinta untuk membina bahagia.Kehidupan memang tiada ertinya tanpa cinta tetapi cinta yang tidak membawa bahagia jua tiada gunanya.yang penting dalam hidup kita ialah bahagia walaupun cara kita melihat bahagia itu dari sudut yang berbeza.Apa lagi yang kita inginkan dalam hidup ini kecuali bahagia di dunia mahupun di akhirat kerana kita adalah orang yang beragama.Kasihanilah diri kita sendiri kerana fitrahnya ia memang sentiasa mahu bahagia.Titipkanlah rasa cinta kerana hanya kitalah mahkluk yang dijadikan Allah s.w.t yang mampu untuk melafazkan perkataan yang benar-benar ikhlas dan untuk dinikmati oleh insan yang disayangi.Buktikan kita insan bahagia agar kebahagiaan bermula di sini dan berkekalanlah hendaknya hingga di sana...

0 ulasan: