wah...akhirnya blog aku hampir siap walaupun sewaktu ketika dahulu aku tidak berminat untuk menulis ape2 dalam blog..apatah lagi menggunakan blog....blog adalah sesuatu peribadi dan menulis sesuatu isi atiey yang tidak boleh dikongsi dengan sesiapapun apatah lagi orang awam.... alahai blog..blog... akhirnya engkau siap juga walaupun banyak lagi untuk ditulis dan dihiaskan...
Dengan blog ini...macam - macam yang dapat aku tulis dan luahkan apa yang terpendam....bukan mudah untuk menulis sebenarnya apatah lagi tentang soal atiey, soal perasaan atau erti kata lain soal peribadi. kesibukan adalah alasan utama tapi dengan adanya blog ini akan ku cuba meluangkan masa bersama blog. dalam blog ini..aku nak mitak maaf andai 'terpoint' mana - mana pihak atau orang yang memberi sesuatu pengalaman manis dan pahit dalam hidupku. entahla... sejujurnya aku tidak dapat memaafkannya tapi masih mencuba.. semua itu menyakitkan sebenarnya kerana aku masih menyimpannya didalam lubuk atiey kecilku..alhamdullillah setiap penyakit itu ada penawarnya dan aku membiarkannya berlalu pergi walaupun pahit untuk ditelan..apapun aku ucapkan beribu terima kasih kerana sudi membaca kisah pahit dan manis tentang diriku...bak kata pepatah melayu yang baik di jadikan teladan dan yang buruk di jadikan sempadan.. kekadang aku sendiri terpikir apa yang harus aku tulis dalam laman web blog ini.. banyak yang aku fikirkan tetapi terlalu sukar untuk aku tafsirkan.. yela.. ia melibatkan soal peribadi dan tidak semua harus dikongsikan dengan semua orang.. bak kata siti nurhaliza biarla rahsia....huhuhu.. kekadang aku terfikir juga untuk apa menciptakan blog ini sedangkan ia melibatkan soal keperibadian seseorang dan bukannya untuk dikongsi oleh semua pihak.. tapi bila aku mencipta dan menulis dalam blog ini baru kini aku sedar..blog adalah bukan segala2nya.. dengan adanya blog ini kita mampu kongsi banyak kisah suka dan duka..pada waktu seketika dahulu kita selalu mengharapkan kawan dan harap kawan itu menjadi kawan sampai bila2...tapi kita harus sedar kawan tidak semestinya akan bersama kita selamanya..sampai masanya jua dia akan pergi meninggalkkan kita.. adakah kita masih mengharapkan kawan?? sukar untuk mencari kawan yang sanggup kongsi suka duka dan apa jua masalah.. kebanyakkan sekarang ini kawan hanya makan kawan..Dan itulah hakikat yang sebenarnya.. dengan adanya blog ini kita mampu meluahkan apa jua perasaan kita dan tidak perlu mengharapkan kawan untuk diluahkan..tapi apepun kawan tetap akan sentiasa menolong kita sampai bila2.. dan blog adalah sesuatu untuk kita luahkan, berkongsi idea serta pendapat.. kepada sesiapa yang masih tidak mempunyai blog cubala kerana kita sendiri akan mengetahui apa maknaya blog..
Friday, March 11, 2011
Dicatat oleh amieysha di 3/11/2011 08:51:00 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
















0 ulasan:
Post a Comment