BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, March 14, 2011

Menanti Sinar Kebahagiaan..


Hari ini adik angkat & kawan paling rapat aku nikah tapi malangnya aku xdpt hadirkan diri ke majlis pernikahan dorg sbb ada hal penting yang perlu diselesaikan hanya sekadar ucapan tahniah yang mampu ku titipkan buat mereka agar mahligai yang di bina berkekalanlah hendaknya sehingga ke akhir hayat..

Dalam masa yang sama aku gembira melihat insan-insan yang aku sayangi dapat mengecapi kebahagiaan yang mereka impikan..Namun aku juga turut sedih mengenangkan aku tidak boleh lagi sentiasa bersama mereka sbb lepas ini mereka mungkin sibuk menguruskan rumahtangga yang telah dibina..Aku akn rasa kesepian tanpa mereka yang sering menemaniku & sentiasa ada apabila aku memerlukan mereka dikala aku kesedihan..tapi aku tetap redha & kuatkan hati demi meneruskan kehidupanku..apa-apa pun mereka tetap ada di dalam hati & ingatanku walau di mana pun mereka berada..

Kadang-kadang aku terfikir sampai bila aku harus begini??..adakalanya kesunyian datang menjelma..bukan tiada insan yang ingin mengisi kekosongan di hati namun kelukaan yang ku alami sebelum ini masih berparut lagi..Ia sentiasa menghantui hidupku sehinggakan aku takut untuk mencari pengganti..Tidak aku nafikan keinginan untuk rasa disayangi memang ada tetapi pengalaman lalu telah menjadikan aku lebih berhati-hati dalam memilih pasangan..Namun siapalah aku untuk menentukannya kerana aku tahu aku hanyalah seorang insan biasa yang mempunyai kelemahan & kekurangan..Tetapi hidup ini bukanlah lama untuk di isi dengan kesedihan semata-mata kerana aku jua boleh mengecapi kebahagiaan yang aku impikan..Hanya kesabaran yang menjadi benteng untuk aku terus tabah dalam menghadapi hari-hari yang mendatang..Dugaan yang datang menimpa ku hadapi jua dengan tenang..

Setelah apa yang terjadi pada diriku beberapa bulan yang lalu..aku mula menyibukkan diriku dengan bekerja dan  bekerja part time..serta aku banyak menghabiskan masa bersama kawan-kawan dan kerja..itu semua aku lakukan untuk melupakan keperitan yang ku alami..Walaupun xsemudah yang di sangka namun dgn bantuan kwn2 & Allah S.W.T aku dapat lalui semua itu dengan hati yang tenang & tabah..

Dah tida bulan tahun 2011 dan meninggalkan tahun 2010..terlalu banyak kenangan pahit yang ku alami pada tahun ini dan tahun sebelumnya tetapi aku ttp bersyukur kerana tanpa keperitan yang aku lalui itu aku xkn menjadi seperti sekarang..Sekurang-kurangnya aku da boleh merencanakan hidupku..Kini hidupku menjadi lebih bermakna..dan yang buat aku paling gembira adalah apabila masih ada lagi insan yang masih sayangkanku walaupun hidupku tidak seperti dulu lagi..
Walaupun aku masih mengimpikan kebahagiaan bersama insan bergelar kekasih namun aku yakin suatu masa nanti Allah S.W.T akan memberikan yang terbaik buat diriku selagi aku tidak berputus asa,sabar dalam menghadapi setiap ujian-Nya dan menunaikan segala suruhan-Nya..InsyAllah kebahagiaan itu akan datang jua dan berkekalan lah hendaknya sehingga ke syurga..Sesungguhnya Cinta kepada-Nya adalah Cinta yang teragung,abadi & tidak akan mengecewakan..

Sepi hati terjadi lagi
Mungkin sampai mati aku sepi
Biar senyum hadir di hariku
namun ini hanya ada di bibir
di bibir saja

Aku ini yang bisa mengerti
walaupun yang lain mau mengerti
Namun berat beban hidupku
biarkan saja
Biar saja hanya ku yang tahu

Sejarah cinta dan hidupku
penuh duri dan banyak ranjau
Butuh kesabaran yang penuh
untuk tetap ku berdiri

Ada saatnya ku bicara
bila hatiku telah bulat
Sepanjang ku bisa atasi semua
aku tetap diam

0 ulasan: