

Kisah Seorang Teman untuk Renungan Bersama...
Suatu cerita yang baru ku tonton telah mengingatkan aku kembali mengenai kisah silamku..
Memang tak dinafikan Cinta itu Indah tetapi sekiranya disulami dengan kasih sayang yang benar-benar ikhlas dan berteraskan Cinta kepada Ilahi..sebaliknya jika Cinta itu sekadar berteraskan nafsu semata-mata..Cinta itu hanya Indah untuk sementara sahaja tetapi mengalami keperitan akhirnya dan akan terkesan di hati dan minda mungkin untuk sepanjang hayat..
Cinta telah membuatkan aku buta sehingga tega mengetepikan sahabat dan juga keluarga demi untuk mempertahankan cinta..sehingga pada suatu ketika aku mula sedar apabila sesuatu telah terjadi dalam perhubungan cinta kami..Segala impian dan harapanku bersamanya musnah dengan sekelip mata..aku hampir hilang kekuatan dan semangat untuk hidup..aku hampir menjadi separuh gila disebabkan cinta yang tiada penghujungnya...
Aku akui segala yang terjadi ini adalah ketentuan daripada-Nya..Kita sebagai manusia hanya mampu merancang dan hanya Dialah yang menentukan segala-galanya kerana hanya Dia yang mengetahui apa yang terbaik buat diri kita..aku kira ini adalah petunjuk dan hidayah yang diberikan oleh Allah kepadaku..Aku bersyukur kerana masih diberikan peluang dan kesempatan untuk berubah..Inilah yang dikatakan hikmah..setiap yang berlaku pasti ada sebab-sebab yang tertentu..Aku tidak pernah menyalahkan takdir kerana aku tahu apa yang telah terjadi kepadaku adalah berpunca daripada sikapku sendiri..
Namun kehadiran Dia disaat aku memerlukan seseorang di sisi ketika itu membuatkan aku benar-benar sedar bahawa cinta bukanla segala-galanya..Aku telah sedar akan kesilapanku yang dilakukan..Aku bersyukur di atas sokongan dan perhatian yang kawan-kawan berikan teramat bermakna buat diriku..Aku ingin kembali pulih daripada kekecewaan tanpa mengharap bantuan dari sesiapapun..Aku nekad ingin berubah dan menginsafi diri..Aku kembali bersujud kepada-Nya..memohon agar diberikan keampunan dan kekuatan dalam menjalani dugaan hidup ini..Kini aku berasa lebih tenang ..tidurku ditemani dengan alunan ayat suci Al-Quran yang boleh membuatkan jiwaku tenteram dan tidak lagi bermimpikannya..
Walaupun di saat aku ingin berubah terlalu banyak ujian yang harus aku lalui..Namun aku tetap tabah dan sabar menghadapinya kerana ku tahu ianya hanyalah sekadar ujian yang diberikan oleh-Nya kepadaku untuk menduga keimananku..
Adakalanya aku terpikir adakah kesilapan ku yang lalu akan diulangi oleh keturunanku kelak..Aku berdoa agar Allah menjauhkan perkara itu daripada berlaku kepadaku..
Apa yang aku ingin kongsikan disini adalah tak usahlah berbangga dengan dosa atau kesilapan yang kita lakukan..Selagi masih ada waktu kita masih berpeluang untuk memperbaiki diri..serta janganlah terlalu mudah terpengaruh dengan Cinta..Berfikirlah terlebih dahulu dalam membuat keputusan dan berusahalah untuk mencari Cinta yang betul dan benar-benar berteraskan Cinta Ilahi..yang sama-sama ingin mengejar syurga yang hakiki..kerana Cinta kepada Yang Maha Esa itu adalah cinta yang teragung dalam hidup kita..
Teman,
Masih ada waktu untuk kita
Menghitung dosa-dosa lalu
Lantas membasuhnya kembali
Menyinar menghiasi taman-taman
KasihNya…
Teman,
Masih ada waktu untuk kita
Mengikis coreng-coreng mazmumah
Dan mengutip kuntuman mahmudah
Menghiasi kamar hati ini….
Teman,
Masih ada waktu untuk kita
Memupuk kasih dan sayang
Sekuntum cinta Ilahi
Seagung cinta yang murni
Moga ukhwah yang tercipta ini
Kan terjalin bersama mesra sejati
Bersama mengutuh cinta ilahi
Moga bahagia di alam abadi
Masih ada waktu untuk kita
Menghitung dosa-dosa lalu
Lantas membasuhnya kembali
Menyinar menghiasi taman-taman
KasihNya…
Teman,
Masih ada waktu untuk kita
Mengikis coreng-coreng mazmumah
Dan mengutip kuntuman mahmudah
Menghiasi kamar hati ini….
Teman,
Masih ada waktu untuk kita
Memupuk kasih dan sayang
Sekuntum cinta Ilahi
Seagung cinta yang murni
Moga ukhwah yang tercipta ini
Kan terjalin bersama mesra sejati
Bersama mengutuh cinta ilahi
Moga bahagia di alam abadi















0 ulasan:
Post a Comment